Followers

Tuesday, July 21, 2015

Aib Di Aidilfitri - Ahli Keluarga Saman Chef Wan ??





Berpunca daripada tindakan chef selebriti,Chef Wan yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap ahli keluarga di laman sosial, kini ahli keluarganya sendiri akan mengambil tindakan untuk menyamannya pula.

“Tindakan tegas akan aku sekeluarga ambil ke atas Chef Wan. Buat cerita dan sebarkan gambar yang tidak sepatutnya,” jelas salah seorang dipercayai ahli keluarga Chef Wan di laman sosial Twitter yang mendapat ratusanretweet.

Chef Wan sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hatinya di Instagram kerana ada ahli keluarganya yang didakwa tidak membantu langsung menyediakan persiapan di hari raya beserta gambar ahli keluarga yang masih tidur.

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh ahli keluarganya yang menyatakan bahawa mereka lewat bangun tidur kerana penat melayan ramai tetamu yang terdiri daripada peminat Chef Wan sendiri. Bagaimanakah kesudahan episod kali ini, kita tunggu sama-sama. (rtky/s)


 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.