Followers

Sunday, July 12, 2015

Harussani - Sifat Kebinatangan Dan Syaitan Menyebabkan Najib Difitnah



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perbalahan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kedua mereka perlu bersemuka dan berunding kerana semakin lama dibiarkan, ia akan menyebabkan rakyat berpecah belah.

Jelasnya lagi, itu telah memberi kesan negatif kepada negara, bangsa dan umat Islam.

“Sebab itu, tak boleh dibiarkan berlarutan. Saya sedia jadi orang tengah sekiranya diperlukan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Ketika berucap pada majlis sumbangan zakat dan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan asnaf dan fakir miskin oleh Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng di Parit Buntar, beliau turut menyelar mereka yang menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri, berhubung isu 1MDB.

“Bagi saya, punca maklumat palsu dan berbaur fitnah tersebar cepat dalam kalangan kita adalah disebabkan sifat kebinatangan dan kesyaitanan yang ada dalam diri manusia yang mana sifat-sifat seperti takbur, was-was dan suka memfitnah timbul meskipun syaitan diikat pada bulan Ramadan,” katanya yang dipetik dari portal itu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.