Followers

Thursday, July 2, 2015

Azwan akur kehendak Rani Kulup FMT Reporters

 
Rani Kulup

Azwan menyalahkan orang lain dan mendakwa orang Melayu sebagai batu api yang mencetuskan kontroversi.

PETALING JAYA: Azwan Ali secara terbuka memohon maaf dan menzahirkan rasa hormatnya terhadap Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Ia dibuat dalam status Instagramnya yang dimuat naik pada malam Rabu, beberapa jam kata dua diberikan.

Sebelum ini, Abdul Rani memberi tempoh seminggu kepada bekas pengacara Muzik-Muzik itu untuk memohon maaf atas kenyataannya yang dikatakan menghina orang Melayu.

“Ada masalah & harap pihak bersifat terbuka & menghentikan isu yg telah diperbesar pihak ke3 yang yang tidak bertanggungjawab! Bak kata Ayah “ ini bulan puasa ! hari baik bulan baik,” tulisnya di laman Insatgram.

Namun, dalam status yang sama, adik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ini turut menyalahkan orang lain kerana didakwa menjadi batu api.

“Kepada semua Melayu khasnya si batu api tolong # muhasabah!,” tulisnya.

Kontroversi bermula selepas Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya.

Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’.

Ia kemudian mengundang kontroversi selepas dia menggeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.