Followers

Saturday, June 6, 2015

Walau kalah, kami akan semak imbang PAS, kata Dr Dzul

 
Golongan profesional yang tewas pada pemilihan PAS semalam tidak akan merajuk sebaliknya akan terus menyumbang kepada parti dengan memainkan peranan sebagai penyemak imbang, untuk kukuhkan PAS. 

Seorang daripada mereka, Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau dan rakan seperjuangannya yang turut sama kecundang pada pemilihan kali ini menyedari masih ada sokongan akar umbi terhadap mereka. Justeru merek tidak akan menghampakan ahli PAS yang masih menyokong mereka. 

"Saya kira tidak begitu, kita pilih sikap yang positif dan 'engaging', maksudnya keterlibatan kami itu juga penting, kita tahu harapan yang mengundi kami juga, agak besar.. Jadi oleh kerana itu, mereka juga punya harapan, pengundi dan penyokong kami juga mengharapkan begitu. Jadi kita tak boleh atau orang kata merajuk.. 

"Kita tak boleh begitu. Tapi kami mengatakan kami akan terus memberi sokongan dengan maksudnya juga menyemak imbang. Kalau perlu muhasabah, perlu kritik, kami akan lakukan, itu tanggungjawab kami sebagai ahli yang bertanggungjawab," katanya kepada Antarapos. 

Dalam pemilihan bagi jawatan AJK Kerja PAS Pusat, Dzulkefly gagal mempertahankan kedudukannya, dengan majoriti yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 18 AJK Kerja PAS Pusat terdiri daripada golongan yang dilabel ulama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.