Followers

Saturday, June 6, 2015

Perwakilann Bantah Putus Hubungan Dengan DAP.

 
Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil bangkit persoal keputusan usul putus hubungan dengan DAP yang dibuat tanpa dibahas di Muktamar Tahunan ke-61, di Kuala Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Jun, 2015.

Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil bangkit persoal keputusan usul putus hubungan dengan DAP yang dibuat tanpa dibahas di Muktamar Tahunan ke-61, di Kuala Selangor, hari ini.

Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil bangkit persoal keputusan usul putus hubungan dengan DAP yang dibuat tanpa dibahas di Muktamar Tahunan ke-61, di Kuala Selangor, hari ini Perwakilan muktamar bantah usul tanpa bahas putus hubungan dengan DAP Hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor pagi ini bermula panas apabila perwakilan membantah usul memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, pada masa sama kekal dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang diterima tanpa bahas semalam.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar ketika mengumumkannya menganggap usul itu sebagai 'sensitif' namun mempertahankan keputusan itu tidak dibuat secara keseorangan tetapi dipersetujui beberapa pemimpin tertinggi. Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil kemudian bangkit mempersoalkan keputusan usul itu yang dibuat tanpa memberi peluang kepada perwakilan untuk membahaskannya.

"Kenapa tak perlu dibahas isu sensitif sedangkan ini hala tuju PAS, Bagaimana kita nak jawab dengan ahli?, "Jangan nak bercerai tapi serumah. Ini satu pakatan tempang. "Kenapa Mahfuz kata ini usul yang sensitif ?,

Kalau berani putus, biar perwakilan bahas dan jelaskan apa maksud sensitif," katanya. Faiz merupakan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor dari 1989 hingga 2002.

Perwakilan dari Kota Raja turut bangkit mengingatkan pemimpin tertinggi di atas pentas supaya tidak mengambil mudah kesan daripada memutuskan hubungan dengan DAP. "Kita dalam muktamar ada hak, Keputusan muktamar apa pun, bincang dalam muktamar, bukan di WhatsApp atau Facebook.

"Tuan-tuan duduk di Selangor tahulah pentingnya tahaluf siyasi. Jangan ambil mudah!" katanya. Mahfuz kemudian bangun menjelaskan "sensitif" yang dimaksudkannya ialah kesannya kepada negeri yang diperintah PR, termasuk di Pulau Pinang di mana DAP menang majoriti mudah, dan Selangor yang mengalami pergolakan politik tahun lalu.

"Saya hanya melaksanakan tugas apa yang diputuskan. Maknanya kita akan kehilangan kedudukan, "Tapi kena istiqamah dalam perjuangan dan yakin kepada Allah walaupun kita akan bersendiri lagi," katanya.

Selain memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, usul dibawa Dewan Ulama PAS Pusat dan kawasan Tumpat itu membuat 3 tuntutan lain iaitu : *

PAS Pusat berusaha memperkukuh dan memperkuatkan PR sebagai satu kerjasama politik bagi menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN); * PAS tidak menggadaikan dasar perjuangan demi mencapai matlamat dan kemenangan; dan * PAS menegaskan kepada rakan PR agar menghormati pendirian, polisi dan dasar parti masing-masing Tuntutan itu dibuat selepas mengambil kira keputusan DAP yang memutuskan hubungan dengan presiden PAS, tetapi kekal bersama PAS, sebagai satu sikap menghina presiden dan PAS.

Usul itu juga mengambil maklum, DAP tidak lagi menghormati prinsip, polisi dan dasar PAS yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

"Menyedari segala prinsip kerjasama antara rakan PR sudah mulai retak ekoran kenyataan biadab tindakan pimpinan tertinggi DAP yang tidak menghormati prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju'," menurut usul itu.

Dua lagi usul juga diterima tanpa bahas, iaitu menyokong penuh pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac dan menuntut Kementerian Pendidikan melaksanakan pengajaran Al-Quran dan Hadis mengikut kaedah talaqi, hafazan, dan tafsir di semua sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan agama. - The Malaysian Insider 'Jangan buat keputusan di WhatsApp' [mk]-

Tidak semua perwakilan di Muktamar PAS menerima baik usul Dewan Ulama yang mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Malah, perwakilan dari Kota Raja, Selangor, Norhalim Sirome mencadangkan supaya satu muktamar khas dibuat bagi membahas usul tersebut memandangkan tidak mudah untuk para pimpinan membuat keputusan berhubung usul berkenaan.

"Kita tak boleh ambil mudah perkara itu sebab seperti yang diucapkan oleh perwakilan Selangor sebelum ini, bercerai memang senang tetapi akibat selepas cerai itu yang penting. Perkara ini tak boleh jumpa dua tiga minit dan kemudian buat keputusan,

"Kita bermuktamar dan kita ada hak, Keputusan ini keputusan muktamar maka inilah tempat untuk kita berbincang. Bukan di WhatsApp, di Facebook tetapi di sini kita bincang, Saya setuju kalau usul itu di bawa ke satu muktamar khas.

Bukan mudah untuk memutuskan hubungan. "Jangan ambil mudah. Pemimpin jangan ambil mudah. Wahai ulama jangan ambil mudah.

Ingat, memang Allah reda tetapi (untuk) reda itu perlulah dengan akal yang cerdik," kata perwakilan tersebut ketika sesi perbahasan usul pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Kemudian Pengerusi Tetap Husin Ismail meminta supaya semua perwakilan bertenang dan mengatakan perkara itu akan diputuskan oleh pimpinan PAS Pusat. "Isu itu akan diputuskan oleh pimpinan yang ada. Kita bertenang. Insya-Allah, Allah bersama kita," kata Husin.

Biar perwakilan bahas Selain itu, perwakilan dari Rembau, Negeri Sembilan Muhammad Faiz Fadzil Noor turut meminta penjelasan mengapa usul tersebut dilabel sebagai "usul sensitif" dan tidak dibincangkan dalam muktamar.

"Kenapa tak perlu bahas isu sensitif sedangkan ini hala tuju PAS, Apa-apa keputusan tentang keputusan dalam muktamar perlu di bawa dalam muktamar sama ada nak kekal dalam Pakatan atau tidak. Kita tak nak berkawan dengan DAP tetapi nak bersama Pakatan. Pakatan ini akan tempang,



"Kalau berani, tegas nak putus dengan DAP, biar perwakilan bahas," katanya. Perkara itu kemudian mendapat reaksi Husin dan beliau mengatakan: "Perwakilan Rembau, nanti ada sesi penggulungan dari pimpinan," katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Penapisan Usul Datuk Mahfuz Omar berkata, usul yang dibawa Dewan Ulama PAS itu tidak akan dibahaskan pada hari ini kerana ia merupakan usul yang sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan PAS.

Malah, ketua penerangan PAS itu juga berkata usul itu perlu dibincangkan di peringkat atasan kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Pakatan di Pulau Pinang dan Selangor.

"Usul ini diterima tanpa bahas kerana ia usul yang sangat sensitif iaitu usul Dewan Ulama dan PAS Tumpat untuk kukuhkan Pakatan tanpa DAP. Usul ini sangat sensitif dan akan dibawa kepada pimpinan untuk buat keputusan,"  kata Mahfuz.


IDA MAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.