Followers

Sunday, June 7, 2015

[VIDEO] Lawak, Nak Cari Deposit Pun Payah Mahu Bertanding Semua Kerusi?

 

Nak cari deposit pun payah...'

Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya.

Beliau berkata, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas.

"Nak cari deposit untuk 11 kerusi pun payah, sampai ada yang hilang deposit. Untuk dua kerusi parlimen untuk kita adakan perbincangan cukup rapi.

"Jangan sebab marah, letak cadangan begitu. Letak cadangan biar berasas,"
katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Semalam perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana “menendang” PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Justeru Ahli Parlimen Kuala Krai itu untuk berharap pengerusi baru lajnah pilihan raya PAS supaya memastikan undian daripada kaum bukan Melayu tidak berkurangan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Malah beliau juga berharap agar jawatankuasa yang baru dapat melakukan tugasan dengan lebih baik.

"Kalau hilang kepercayaan daripada pengundi bukan Islam di atas kertas, kita akan kalah pada pilihan raya umum ke-14.

"Terima kasih kepada PAS menjadi tempat saya berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa selama 18 tahun dan di Pemuda PAS banyak tahun.

"Dan jumlah keseluruhannya dalam 30 tahun (di dalam PAS). Mungkin dengan orang baru akan ambil alih dan dapat laksanakan dengan lebih baik," katanya lagi. -mk


Amaran PAS Sabah kepada Pakatan, berbaik semula atau lawan kami

Perwakilan PAS Sabah Zulfikar Abdul Mijan memberi kata dua kepada PKR dan DAP agar membaiki semula hubungan dengan parti itu atau menghadapi kemungkinan berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya negeri.

Menurut Zulfikar, di Sabah terdapat 32 kerusi yang majoriti pengundinya adalah penganut Islam namun, PAS akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mereka masih disisihkan.
"PAS Sabah akan bertanding di semua kerusi di Sabah tanpa mengira menang atau kalah selagi dia (PKR dan DAP) tak ajak kita join balik (Pakatan Rakyat Sabah).

Pada 30 Mac lalu, DAP Sabah dan PKR Sabah membekukan hubungan mereka dengan PAS Sabah kerana tidak bersetuju dengan keinginan PAS dan menamakan kerjasama baru mereka sebagai Pakatan Rakyat Baharu.

Langkah itu dibuat menerusi kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Maijol Mahap, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan Setiausaha DAP Negeri Dr Edwin Bosi.

Kedua-dua parti menyatakan yang pemimpin beragama Islam tidak menentang kanun jenayah Islam itu namun cuma menolak pelaksanaannya di Malaysia.

PAS bakal disisihkan dalam gabungan pembangkang dikenali Pakatan Rakyat Baharu yang akan dibentuk di Sabah, kata Jimmy sebagai tanda protes terhadap parti Islam itu yang bertegas mahu melaksanakan hudud.

Cadangan pembentukan pakatan baharu ini juga dilihat sebagai usaha DAP Sabah memberi tekanan kepada PAS selepas memutuskan membekukan semua bentuk kerjasama dengan PAS di negeri itu.

DAP Sabah mendakwa, PAS mengkhianati dan membelakangi perjanjian kesefahaman bersama PR apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. -TMI



ULASAN GB

Betul-betu lawak. Inilah akibatnya apabila bukan profesyenal yang memimpin. Memberikan cadangan yang tak berasas. Kononnya nak bertanding di semua kerusi. Siap ugut suruh berbaik semula.

Sedangkan pada PRU yang lepas pun 3 calon PAS hilang deposit!

Sungguh tidak berjejak di bumi nyata jika PAS Sabah mahu bertanding di semua kerusi. 



Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.