Followers

Monday, June 1, 2015

Utusan beritahu anak Dr M, jangan keterlaluan dalam isu hudud !!

Utusan Malaysia mengatakan yang walaupun Datin Paduka Marina Mahathir berhak menyatakan apa sahaja tetapi harus berhati-hati apabila membicarakan hal Islam.

Utusan Malaysia mengatakan yang walaupun Datin Paduka Marina Mahathir berhak menyatakan apa sahaja tetapi harus berhati-hati apabila membicarakan hal Islam.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyelar anak kepada bekas perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir yang lantang menentang hudud walaupun ia masih belum dilaksanakan di Malaysia.

Awang Selamat, nama pojokan yang mewakili akhbar itu berkata walaupun Marina berhak memberikan pendapatnya, namun beliau perlu lebih berhati-hati dalam membicarakan hal berkaitan agama Islam.

"Pada Awang, Marina berhak untuk menyatakan apa sahaja, tetapi beliau seharusnya lebih berhati-hati terutama menyentuh soal Islam.

"Jika sekalipun beliau menentang hudud, adalah keterlaluan bagi seorang Islam memberikan komen yang begitu keras. Lagipun untuk apa bercakap perkara yang belum terjadi atau wujud," katanya menerusi akhbar itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Marina, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata beliau akan meninggalkan negara ini jika undang-undang jenayah Islam seperti hudud dilaksanakan.

"Saya tidak boleh hidup di negara di mana manusia mahu memotong tangan manusia lain atau mahu merejam manusia dengan batu sehingga mati, minta maaf.

"Saya tidak akan tinggal di Arab Saudi. Saya tidak maju tinggal di mana ia merupakan polisi rasmi," katanya kepada portal itu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.