Followers

Monday, June 29, 2015

Usul putus hubungan Pas-DAP tidak akan ditarik semula Adam Abu Bakar

 
Zack Ahmad's photo.

Majlis Syura dijangka mengumumkan status hubungan PAS-DAP selepas Aidilfitri nanti.

Mahfodz-Mohammad_pas_dap_600

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama Pas Pusat tidak akan menarik semula usul putus hubungan DAP yang diterima pada Muktamar Pas tanpa bahas baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, pihaknya hanya meluluskan usul itu dan sekarang terpulang kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad.

“Wallahualam (Hanya Allah yang tahu), (kami) tidak tahu,” katanya ketika ditanya adakah Dewan Ulamak menyesal dengan pembentangan usul putus hubungan tersebut.

Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai usul itu hanya akan diputuskan selepas Majlis Syura mengadakan mesyuarat selepas sambutan Aidilfitri.

“Dewan Ulamak hanya mencadangkan supaya Majlis Syura dan Pas Pusat buat keputusan.

“Sampai sekarang, usul itu tidak diputuskan lagi, Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” ujarnya.

Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura kelak.

“Usul itu (putus hubungan dengan DAP) terima atau tidak, saya akan tetap wala’ kepada Majlis Syura,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.