Followers

Monday, June 29, 2015

Apa Sudah Jadi Dengan AIR SELANGOR ?? - Khairil Ashraf

Semua kolej kediaman UKM tiada bekalan air

ukm_water_600

Pelajar tidak puas hati apabila pihak UKM, SYABAS dan Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan masalah air yang melanda UKM sejak Mac lalu.

BANGI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), antara yang terjejas teruk akibat krisis air yang melanda Negeri Selangor.

Hampir kesemua kolej kediaman pelajar mengalami masalah bekalan air terutama Kolej Kediaman Ungku Omar yang paling terjejas.

Pelajar mendakwa, mereka keliru kerana tiga pihak bertanggungjawab gagal memberikan jawapan munasabah untuk menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan air yang sudah berlanjutan sejak Mac lalu.

Speaker Gabungan Mahasiswa UKM,  Muhammad Syahmi Rahimi berkata, pentadbiran UKM, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Kerajaan Selangor memberikan jawapan berbeza dan tidak telus terhadap permasalahan itu.

“Pihak UKM mengatakan tekanan air rendah menyebabkan tidak ada air, SYABAS pula mengatakan tidak ada masalah manakala Kerajaan Negeri memberikan respon positif dan sudi untuk membantu,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga pihak terbabit.

Sehubungan itu, Syahmi berkata pihaknya mahukan satu jawapan dan penyelesaian yang terbaik dari ketiga-tiga pihak bagi menyelesaikan masalah air yang melanda UKM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.