Followers

Friday, June 19, 2015

Ulama PAS akan tentukan arah tuju politik Malaysia, kata laporan



The Economist melaporkan kumpulan ulama PAS merupakan pembuat keputusan selepas mengetepikan ahli kumpulan progresifnya semasa muktamar lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. The Economist melaporkan kumpulan ulama PAS merupakan pembuat keputusan selepas mengetepikan ahli kumpulan progresifnya semasa muktamar lalu. 
Arah tuju politik Malaysia bergantung kepada kumpulan ulama PAS, terutama dalam responsnya kepada perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat, kata The Economist.

Akhbar mingguan itu melaporkan sayap parti Islam konservatif merupakan pembuat keputusan selepas mengetepikan ahli kumpulan progresifnya semasa muktamar lalu.

"Banyak bergantung bagaimana PAS yang dikuasai golongan konservatif untuk meneruskannya. Parti yang dipimpin golongan berumur nampaknya fikir masa semakin suntuk untuk memperkenalkan hudud di Kelantan dan dilihat sanggup membentuk kerjasama dengan Umno," katanya.



Katanya, sokongan daripada PAS secara tersiratnya akan membantu peluang Umno mengekalkan lagi kuasa pemerintahannya.

"Ia juga akan melihat Malaysia diracuni politik perkauman yang lebih jelas," katanya.

Pakatan jatuh selepas keputusan PAS dalam muktamar memutuskan hubungan dengan DAP. 

Cadangan itu dibuat sayap ulama dan diluluskan tanpa bahas, menyebabkan kemarahan perwakilan akar umbi.

Pada Rabu lalu, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kerjasama itu secara rasminya sudah berakhir.

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara semalam menggesa bekas rakan sekutunya bekerjasama untuk kekal memerintah di negeri Selangor, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Beliau juga memberitahu pemimpin parti itu supaya bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa perubahan dan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tamak dengan kuasa dan rasuah. – 19 Jun, 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.