Followers

Saturday, June 6, 2015

‘Tuhan Harun’ Diperintah Bela Diri

 

KUALA LUMPUR – Ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ atau Harun Mat Saat hari ini diperintah membela diri atas empat pertuduhan mengumpul deposit secara haram berjumlah RM35 juta, sembilan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang memerintahkan Harun, 49, bekas penasihat syarikat pelaburan, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk Harun memberikan pembelaannya kerana peguam Md Radzi Mustafa, yang mewakili Harun, tidak hadir pada prosiding hari ini kerana kurang sihat.

Mahkamah menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes. Sebanyak 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan kes yang bermula November tahun lepas, antaranya bekas majikan Harun dan pegawai-pegawai daripada Bank Negara.

Harun yang diserang angin ahmar, hadir ke mahkamah memakai baju putih dan berkerusi roda, kelihatan tenang sepanjang prosiding. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.