Followers

Tuesday, June 23, 2015

Tiada layanan istimewa untuk Anwar keluar masuk penjara - Faiz Zainudin

 
supri,anwar

Kebenaran untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar penjara dibuat mengikut peraturan yang telah ditetapkan.


PETALING JAYA: Jabatan Penjara tidak pernah memberi apa-apa layanan bertaraf VIP atau istimewa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membenarkan beliau keluar masuk penjara secara bebas.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, bekas Ketua Pembangkang itu dibenarkan keluar penjara pada Khamis lalu untuk menghadiri penyiasatan Jawatankuasa Tatatertib Peguambela dan Penguamcara di Wisma Maran, Kuala Lumpur, melibatkan aduan disiplin terhadap seorang peguam yang difailkannya sebelum ini.

Katanya, kebenaran itu diberikan selepas Ketua Pengarah Jabatan Penjara meneliti notis yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan melibatkan aduan yang dibuat Anwar di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976.

“Ketua Pengarah Jabatan Penjara telah menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 31 Akta Penjara bagi melaksanakan notis tersebut.

“Sepanjang tempoh bersama jawatankuasa berkenaan dan semasa di Wisma Maran, Datuk Seri Anwar telah dikawal oleh pegawai penjara dengan kerjasama berterusan dari pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Berhubung tindakan sesetengah pihak mengambil gambar Anwar untuk tujuan tertentu, katanya, Jabatan Penjara tidak berupaya untuk mengawal sepenuhya tindakan itu kerana berada di tempat awam.

Beliau mengulas laporan media sosial sebelum ini yang mendakwa Jabatan Penjara telah memberi layanan Istimewa kepada Anwar apabila beliau bebas keluar masuk penjara walaupun dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Supri berkata, tindakan yang dilakukan Jabatan Penjara adalah tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.