
Najib harus menjelaskan kepada
rakyat tentang projek lebuh raya Banting-Taiping sepanjang 316km yang
menimbulkan banyak persoalan tentang ketelusan dan prestasi syarikat
yang terlibat.
Persoalan bagaimanakah kos projek
ini meningkat sebanyak 134 % iaitu daripada harga asal RM3.016 bilion
kepada RM7.07 bilion? Dan kenapa konsesi kepada Kumpulan Europlus Sdn. Bhd. ditambah dari 33 tahun kepada 60 tahun?
Adakah konsesi lebuh raya itu
selama 60 tahun yang berjumlah RM7.07 bilion sebagai permulaan kepada
satu lagi skandal yang akan menyebabkan penderitaan rakyat lebih perit.
Rakyat perlu tahu dengan jelas
tentang projek itu yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd
(Europlus) untuk pembinaan lebuh raya itu yang melibatkan pinjaman mudah
RM2.24 bilion, subsidi faedah 3% untuk 22 tahun dan geran sebanyak
RM980 juta untuk pengambilan tanah.
Europlus mengumumkan telah
menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit
Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.
Apa yang mencurigakan kenapa
Kerajaan Persekutuan belum lagi membuat pengumuman mengenai konsesi
lebuhraya yang jelas melanggar prinsip asas ketelusan dan
kebertanggungjawab awam.
Masalah kewangan yang dihadapi oleh Europlus Construction
Sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan Europlus, Perdana Menteri perlu memastikan tujuh persoalan berikut dijawab:
1.Adakah tender terbuka
dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak, kenapa? Jika ya, siapa
lagi yang menyertai dan kenapa mereka tidak dipilih?
2. Kenapa Europlus dipilih,
sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam
bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuh raya, dan pemilik utamanya
mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan?
3. Bagaimanakah kerajaan boleh
memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam
sejarah Malaysia (dan kedua paling lama selepas perjanjian pembekalan
air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun
1960-an)?
4. Apakah rasional untuk
penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013
pada kadar faedah 4% serta subsidi faedah 3% untuk pinjaman komersial
selama 22 tahun? Kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika
prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.
5. Kenapa perlu kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?
6. Kenapa kos lebuh raya 316km
ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua
kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10
juta setiap km?
7. Jika konsesi tol terbaru ini
adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa
berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada
Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk? Ini tidak adil
untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah.
Konsesi 60 tahun yang
dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu bermakna beberapa
generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi beliau
hingga ke cucu-cicitnya.
“Ini langsung tidak boleh
diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan
segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan
Maha Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia,”
Rakyat Malaysia tidak boleh
menerima lagi satu skandal seumpama Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), di
mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walau
pun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada
pelaburan asal.
Kos pembinaan NSE adalah RM6
bilion dan setakat 31 Disember 2010, pengendali tol sudah pun menerima
RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.
“Kenapa pengendali NSE dibenarkan
mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka
sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3
kali ganda kos pembinaan?
“Cukup, cukuplah Najib.....
“Rakyat Malaysia tidak mahu
pengulangan skandal NSE. Perdana Menteri haruslah menjawab tujuh soalan
di atas untuk memastikan kepentingan awam dijaga dan dipelihara dalam
perjanjian RM7.07 bilion dan konsesi 60 tahun Europlus ini,”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.