Followers

Wednesday, June 3, 2015

Singkir kem tak selesai masalah PAS, kata Ahmad Awang

Calon Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan pada masa ini, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS. 
Calon Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan pada masa ini, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015. Calon Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan pada masa ini, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS.

Calon Presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan penyingkiran kem tertentu dalam parti Islam itu bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk meleraikan pertembungan antara golongan yang tidak sealiran.

"Persoalan yang harus kita jawab dengan jujur, sampai bilakah keadaan kita terus-terusan begini? Ada yang berpendapat, jika disingkirkan mana-mana 'puak' atau 'kem' dalam muktamar pemilihan nanti, maka tamatlah segala pertembungan.

"Benarkah begitu? Setelah selesai disingkirkan mana-mana 'kem,' peluru yang terbiasa dan 'sedap' dihala sebelumnya kepada sahabat seperjuangan, ada jaminankah tidak akan dihambur kepada sahabat satu 'kem' yang tidak sealiran?" soalnya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, ahli PAS terdahulu bersusah-payah memartabatkan obor Islam yang menyeluruh sifatnya, berbeza dengan keadaan ahli pada masa kini.

Katanya, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, pelbagai istilah jijik dilabelkan dalam kalangan ahli parti, yang dianggapnya terlalu mudah mereka ucapkan.

"Sekelumit pun pasti kita tidak pernah menyangka jutaan jiwa yang ditarbiyah ini akhirnya berantakan dengan hamburan kotor yang selayaknya tidak ditujukan sesama kita. UG (kerajaan perpaduan), Anwarinas, pilihan DAP, liberal, Syiah, jebon, anti-ulama, serta pelbagai istilah jijik kini menjadi basahan mulut yang meluncur mudah.

"Seakan-akan 'wirid' yang diratib dengan perasaan benci sesama saudara yang pernah berjanji setia untuk hidup dan mati dalam perjuangan," katanya.

Beliau sebaliknya mencadangkan agar ahli PAS bertemu dan berbincang jika mempunyai masalah antara satu sama lain sebagi satu jalan penyelesaian yang wajar.

"Bercakaplah dari lubuk hati paling dalam. Luahkankah apa sahaja yang ingin diluahkan.
"Berdepan, jujur dan berterus-terang itu ibarat embun pagi yang dingin dan mendamaikan. 

InsyaAllah, Whatsapp dan Facebook hanya menjadi medan maklumat luar, bukan penentu baik buruk hubungan kekeluargaan jemaah besar ini," katanya sambil memberi jaminan bahawa ahki PAS akan kembali bersatu sekiranya beliau dipilih sebagai presiden dalam muktamar pada 5 Jun ini. – 3 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.