Followers

Wednesday, June 3, 2015

DAP keluar Pakatan jika Hadi kekal presiden, kata AJK Pusat

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden akan menjadi sukar bagi DAP untuk ditundukkan, maka mungkin membawa kepada DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden akan menjadi sukar bagi DAP untuk ditundukkan, maka mungkin membawa kepada DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan meramalkan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden selepas muktamar minggu ini, lapor Sinar Harian.

Dalam satu temubual khas bersama akhbar itu, ahli Parlimen penggal pertama itu berkata, perkara demikian kemungkinan besar akan berlaku kerana DAP akan menghadapi kesukaran untuk menundukkan Hadi jika beliau masih dikekalkan.

"Pemimpin PAS itu mempunyai pendirian tegas dan sukar mengubah keputusan yang sudah dibuat.

"Saya lihat DAP menunggu keputusan muktamar kerana pemimpin yang dipilih bakal mencorakkan PAS dalam PR, sekiranya Hadi masih dikekalkan menerajui PAS, kemungkinan besar DAP keluar PR.

"Saya ramal perkara ini berdasarkan kenyataan mereka sebelum ini," katanya dalam wawancara khas bersama akhbar itu.

Nasrudin juga mengulas hubungan kedua-dua parti itu diibaratkan retak menanti belah disebabkan isu hudud dan sikap DAP yang lebih gemar menyerang PAS tanpa henti.

"Atas dua alasan itu, saya lihat PAS dan DAP ini boleh diibaratkan retak menanti belah.

"Dalam menangani masalah ini, PAS dengan DAP perlu duduk semeja dan membincangkan perkara ini bagi memulihkan keadaan selepas muktamar ini. Sebolehnya PAS tidak ingin konflik yang berlaku ini tanpa ada pemulihan," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan PAS akan berpisah selepas muktamar ini selepas parti Islam itu dikuasai kumpulan konservatif.

"Setakat ini tidak ada keputusan untuk berpecah sebab merasa PR adalah satu gabungan tiga parti bukan hanya PAS dan DAP dan perkara tersebut perlu diambil kira," katanya. – 3 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.