Followers

Thursday, June 18, 2015

Siapa perlu keluar dari Selangor? Faiz Zainudin

 
Mahfuz-Omar_pkr_300

Bagi mengatasi kemelut kepimpinan dalam pentadbiran kerajaan negeri, Mahfuz mencadangkan sama ada DAP atau Pas perlu keluar dari Selangor.

KUALA LUMPUR: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan sekiranya tindakan berkenaan diambil, ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Rakyat masih beri penghormatan jadi kalau bawa kepada pembubaran DUN, timbul krisis yang lebih buruk dan semua parti akan dilihat tiada sefahaman parti,” katanya.

Sebagai penyelesaian kemelut yang berlaku, beliau meminta sama ada Pas atau DAP, berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, hanya dengan cara itu ia akan menyelamat keadaan dan menangkis tanggapan buruk terhadap mereka.

“Kalau terus kekal, ia akan membina persepsi. Bukan saya kata, tetapi untuk orang kata, ini parti politik hipokrit sekali gus menjejaskan kepercayaan rakyat.

“Kena ada pihak berundur dan jadi parti yang mesra kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Sena menambah, jika kedua-dua parti itu terus berdegil, rakyat akan menilai mereka lebih mementingkan kuasa berbanding rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.