Followers

Thursday, June 18, 2015

PR berpecah: Kenyataan Azmin berbeza FMT Reporters


rafizi,azizah,azmin

Timbalan Presiden PKR itu berkata PR boleh diselamatkan dan ketiga-tiga parti perlu berbincang.


PETALING JAYA: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat tidak sependapat berhubung status sebenar Pakatan Rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengumumkan pakatan pembangkang itu secara rasmi sudah tidak wujud.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun 2015.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga mengesahkan keputusan itu muktamad, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membuat kenyataan berbeza yang bercanggah keputusan parti.

Harakahdaily melaporkan Azmin berkata, PR masih boleh diselamatkan daripada berpecah dan ketiga-tiga parti masih boleh berunding.

“Duduk dan berbincang secara berhemah dengan menghormati pihak lain. Saya percaya kita boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

“Jangan pula sampai Pakatan berpecah. Perlu ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya selepas menyerahkan kunci rumah kekal mangsa banjir di Simpang Tiga Kuari Manek Urai Baru pada Rabu.

Menteri Besar Selangor itu dikatakan lebih memihak kepada Pas kerana parti itu yang mencadangkan namanya menggantikan Tan Sri Abdul khalid Ibrahim selain nama Wan Azizah.

Untuk rekod, Azmin tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik PKR kerana berada di Kelantan.

Kemungkinan Azmin membuat kenyataan kepada Harakahdaily sebelum Wan Azizah mengeluarkan kenyataan media tetapi timbul persoalan mustahil pemimpin nombor dua tidak dimaklumkan lebih awal pendirian parti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.