Followers

Friday, June 5, 2015

'Siapa Azalina bos baru FINAS?' MALAYSIAKINI






Tidak semua penggiat seni menyambut baik pelantikan Datuk Seri Azalina Othman sebagai pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Malah, ada yang menyambut lantikan itu dengan nada sinis.

“Azalina jadi pengerusi FINAS? Siapa Azalina?” soal pelakon dan seniman Pyanhabib (kiri).

Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, berpendapat kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Md Afendi Hamdan itu sepatutnya diisi oleh “orang filem” sendiri.

“Kerusi pengerusi Finas itu seeloknya diberi kepada mereka yang tidak terbabit langsung dalam politik kepartian.

“Biar orang filem gerakkan kerja filem, orang politik jika mahu dilibatkan pun, cukuplah menjadi penyokong kuat dari luar dan tidak perlu dibawa masuk FINAS,” katanya yang popular dengan watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan.

'Bukan lubuk projek'

Azalina menggantikan Md Afendi yang memegang jawatan itu dari 1 September 2011 hingga 31 Januari lalu.

Azalina, anggota parlimen Pengerang, sebelum ini pernah pernah menerajui kementerian belia dan sukan serta kementerian pelancongan sehingga 2009.

Sementara itu, pengarah filem dan aktivis politik Hishamuddin Rais (kanan) pula menyatakan perasaan sinisnya terhadap pelantikan itu dan mengingatkan bahawa FINAS “bukan lubuk projek”.

“Ia seperti proses membina jambatan, perlu ada imbuhan untuk melakukannya. Jika tidak, jambatan akan runtuh.

“Proses itu sama seperti membuat filem. Tetapi filem tidak runtuh, cuma akan gagal ke panggung,” kata pengarah filem Dari Jemapoh Ke Menchestee yang menyertai pelbagai festival antarabangsa.

Penggiat filem arus perdana Datuk Prof Abdul Razak Mohaideen semalam berharap Azalina dapat membantu mengetengahkan filem tempatan ke persada dunia.

Dicatat oleh ELBI RISALAH -

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.