Followers

Friday, June 5, 2015

Ada Ancaman Fizikal Dalam Muktamar PAS? -GERAMM Posted by Ibnu Hasyim

 

Kumpulan wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM) membantah keras ancaman terhadap seorang wartawan portal berita dalam muktamar Pemuda PAS di Shah Alam semalam.

Menurut GERAMM, tindakan akibat tidak puas hati terhadap laporan didakwa manipulasi itu, boleh dinyatakan dalam bentuk lain termasuk pemberitahuan langsung kepada agensi berkaitan.

“Pemuda PAS juga boleh menggunakan saluran perundangan jika berasakan sesebuah berita itu berunsur fitnah.

 
“GERAMM membantah keras ancaman untuk mengasari wartawan dalam apa jua cara bentuk fizikal,” kata perkumpulan longgar wartawan itu.

The Malaysian Insider (TMI) melaporkan bahawa wartawannya Mohd Farhan Darwis tegang selepas Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abdul Halim mempertikaikan laporannya. Laporan dipertikaikan itu berjudul “Jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh, kata perwakilan Pemuda PAS".

Syarhan dilapor membaca nama wartawan itu serta perenggan pertama berita menyebabkan pemerhati di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) mula memandang ke arah media.

Mereka kemudian dilapor melaungkan perkataan "Tarik balik” dan “boikot" kerana mendakwa kenyataan itu dimanipulasi. Farhan mempertahankan laporan itu.

Laporan dipertikaikan itu antaranya menyebut perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein berkata, parti Islam itu tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh mereka melakukannya.  


TMI juga melaporkan Syakirin sebagai berkata, Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.