Followers

Friday, June 26, 2015

SEGAK DAN BERGAYA !!


Sultan dan Raja Permaisuri Perak rai tetamu khas Majlis Santapan Diraja
KUALA KANGSAR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, antara 570 tetamu jemputan khas berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, di Istana Iskandariah, malam tadi. Turut menyerikan majlis santapan diraja itu ialah keberangkatan Raja-Raja Melayu, antaranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Jamalullail. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, antara kenamaan yang turut hadir.

Sebelum santapan diraja bermula, Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak bergambar dengan tetamu kenamaan di Balai Istiadat Kecil istana berkenaan. Majlis Santapan Diraja itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah dan Chakra Khan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.