Followers

Friday, June 26, 2015

Dewan tuntutan bagasi baru mula beroperasi hari in

 
Negara ku brunei darussalam's photo.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Perhubungan, hari ini, memaklumkan bahawa dewan tuntutan bagasi dan bahagian pemeriksaan kastam baru Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei akan mula beroperasi esok (9 Februari 2015).

Dengan pembukaan ini, para penumpang akan dapat menuntut bagasi mereka dari karusel tuntutan bagasi dan membuat pemeriksaan kastam di kawasan yang telah diperbaiki sebagai sebahagian daripada projek pemodenan terminal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BEDB, sistem ketibaan bagasi ini mampu memuatkan sehingga 1,330 bagasi sejam yang merupakan unjuran kapasiti penumpang pada waktu puncak yang direka bagi projek pemodenan. Ini adalah peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding kapasiti sistem sedia ada.

Pembukaan dua daripada tiga karusel akan dapat mencapai kapasiti waktu puncak sementara karusel ketiga, yang bakal siap kemudian, akan meningkatkan lagi kebolehpercayaan kepada sistem berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, dewan tuntutan bagasi baru ini telah diperbesarkan daripada yang asal kepada sekitar 1,800 meter persegi, dan pembaharuan ini boleh menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebanding dengan lapangan terbang antarabangsa yang lain di dalam rantau ini.

Tatkala projek Pemodenan Terminal Lapangan Terbang mencatatkan satu lagi kejayaan penting, BEDB dan DCA memohon kerjasama dan sokongan berterusan daripada para pengguna lapangan terbang dan penumpang, serta memohon maaf atas sebarang kesulitan serta ketidakselesaan yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.