Followers

Wednesday, June 3, 2015

'Petanda Najib tidak dapat sokongan Umno'


 

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin percaya bahawa telahannya mengenai pemberontakan di kalangan anggota Kabinet ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sememangnya berasas.

Kadir berkata ini berdasarkan cabaran Najib kepada para jemaah menteri minggu lalu agar meletak jawatan jika tidak selesa dengan projek cetusannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Jika dia percaya dengan sungguh-sungguh bahawa terdapat pemberontak dalam Kabinet sehingga mencabar mereka berundur, maka petandanya beliau tidak lagi mendapat sokongan bulat dari partinya,” kata Kadir.

Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, Kadir berkata, pemberontakan itu mungkin boleh dilihat dalam kes Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu merujuk kepada “sokongan bersyarat” Hishammuddin, seperti yang digariskan oleh sepupu perdana menteri itu di Twitter.

Kenyataan tersebut, yang meletakkan syarat untuk bersetuju dengan cabaran Najib, menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga Hishamuddin terpaksa menafikan bahawa beliau meletak jawatan menteri pertahanan.

Kadir seterusnya berkata, beliau juga diberitahu bahawa Najib juga sering mengadakan pertemuan dengan kumpulan ketua bahagian Umno.

“Ada sumber kata, (pertemuan diadakan) setiap hari. Adakah dia bimbang jika ikrar mereka sebelum ini sudah luntur dan perlu diperkuat dengna peruntukan kewangan dan janji-janji?,” soalnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.