Followers

Friday, June 5, 2015

Pembatalan ‘Nothing2Hide’ kerana sabotaj? FMT Reporters

Penganjur juga dikatakan tidak melakukan persiapan keselamatan mencukupi.

mahathir-talk_pwtc_video

PETALING JAYA: Pembatalan program Dialog Bersama PM ‘Nothing2Hide’ yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mencetuskan pelbagai reaksi.

Selain faktor keselamatan, terdapat dakwaan nakal, kononnya kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah sabotaj.

Mengulas sedikit kekecohan yang berlaku, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kesal kerana program itu menjadi tidak terkawal malah pihak penganjur tidak melakukan persediaan yang mencukupi.

Katanya, tetamu yang hadir tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab membatalkan acara itu.

“Bagi saya, program ini sepatutnya dianjurkan dengan lebih baik kerana ia berkaitan tadbir urus perhimpunan awam dengan baik,” kata Annuar.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berpendapat kekecohan dan provokasi itu sengaja dilakukan untuk memburukkan penganjur.

“Sepatutnya kekecohan tidak berlaku kerana dialog ini diadakan dengan aman dan apa yang berlaku ini akan menjadi satu titik hitam kepada UMNO,” katanya.

Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJJM), Abdul Rani Kulup Abdullah menyifatkan, kehadiran Dr Mahathir ke program berkenaan kerana sengaja mahu mensabotaj Najib.

“Saya rasa kecewa bila Najib tak datang sebab kami hendak tengok program ini, sepatutnya penganjur lebih arif macam mana nak kawal perkara ini,” katanya.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyokong tindakan polis menangguhkan sesi dialog atas sebab keselamatan.

Beliau mengesyorkan supaya perbahasan antara Najib dan Dr Mahathir diadakan secara langsung di televisyen dan orang ramai dapat menontonnya dengan tenang dan aman.

Ketiadaan Najib di saat-saat akhir program berkenaan turut menjadi bahan kutukan.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ketidakhadiran itu membuktikan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Pandangan yang sama turut dikongsi bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin mendakwa Najib seorang penakut kerana tidak berani untuk bertentang mata dan duduk sepentas dengan Dr Mahathir.

Katanya, Perdana Menteri juga tiada kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai 1MDB.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

Pembatalan ‘Nothing2Hide’ kerana sabotaj?

 | June 5, 2015

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/05/pembatalan-nothing2hide-kerana-sabotaj/#sthash.0pqxKk51.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.