Followers

Friday, June 19, 2015

PAS tak dapat terima hakikat mereka bunuh Pakatan, kata DAP

 
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (dua dari kiri) berkata, kehancuran PR berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. 

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (dua dari kiri) berkata, kehancuran PR berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.
Susulan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali Pakatan Rakyat (PR) hanya "pengsan" semalam, pemimpin DAP berpendapat, beliau tidak dapat menerima kenyataan pakatan pembangkang itu sudah tidak lagi wujud. 

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kehancuran PR juga berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. 

"Kenyataannya itu membuktikan beliau tidak dapat menerima realiti PAS membunuh PR dan PR tidak lagi wujud," kata ahli Parlimen Seputeh itu merujuk kepada Mustafa. 


Mustafa, semalam dipetik laporan media berkata, PAS akan tetap bersama PKR untuk memastikan PR terus hidup. 

"Pakatan tidak mati, hanya 'pengsan'," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu, semalam. 

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS baru-baru ini memutuskan untuk memilih Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan sebagai setiausaha agung bagi menggantikan Mustafa. 

Sementara Mustafa yang sebelum ini menjadi setiausaha agung PAS diturunkan pangkat sebagai pengarah pilihan raya bagi menggantikan Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurut Mustafa, PR hanya mengalami sedikit kejutan berikutan keputusan DAP untuk keluar daripada PR.

"DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan," katanya.  

Kok bagaimanapun berkata, meskipun pemimpin PAS berpendapat, keputusan muktamar masih belum dimuktamadkan, usul itu jelas menunjukkan mereka ingin memutuskan hubungan dengan DAP memandangkan muktamar adalah badan pembuatan keputusan tertinggi parti itu. 

"Mustafa dan pemimpin PAS lain tidak mungkin tidak faham makna dan kesan usul tersebut.  
"Malah, juga silap apabila Mustafa mengatakan DAP yang ingin meninggalkan PR," kata Kok. 

Mustafa juga katanya tidak seharusnya cuba meletakkan beban kesalahan di bahu DAP susulan perpecahan pakatan pembangkang itu. 

"DAP sedar akan aspirasi rakyat Malaysia untuk melihat perubahan politik dalam negara. 
"Tapi, realiti menyedihkan pada muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP membunuh PR," kata Kok. 

Beliau turut mengulangi pendirian, DAP hanya akan bekerjasama dengan PKR, dan pihak yang ingin menamatkan penguasaan Umno dan Barisan Nasional (BN). – 19 Jun, 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.