Followers

Monday, June 15, 2015

PAS Keseorangan - PKR Selangor Putuskan Hubungan Dengan PAS



KUALA SELANGOR: PKR nampaknya menyertai DAP dan bertegas bahawa 'usul PAS untuk putus hubungan dengan DAP' berkuatkuasa serta merta berikutan Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti Islam itu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata usul itu harus dijadikan dasar dan dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat sepertimana yang ditegaskan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini.

"Keputusan di dalam muktamar itu harus dijadikan dasar yang harus dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat.

"Ianya disebut dalam ucapan dasar Presiden PAS dan disebut dalam muktamar," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Program Hijrah Selangor Bagi Fasa Ketiga di Auditorium Dewan Canselor Unisel, Kampus Bestari Jaya, pagi ini.

Azmin berkata demikian selepas ditanya apakah ketetapan yang diambil PKR berhubung usul yang dibawa Dewan Ulama PAS, 3 Jun lalu.

Terdahulu, Kit Siang dalam satu kenyataannya menganggap Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

Ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu, usul putus hubungan dengan DAP yang diluluskan Muktamar PAS tiada keperluan untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk diperhalusi lagi.

"Saya tidak sedar bahawa Jawatankuasa PAS Pusat boleh membatalkan Muktamar, yang akan menjadi percanggahan dalam terma yang melanggar Perlembagaan PAS menetapkan bahawa Muktamar adalah badan pembuat keputusan tertinggi PAS.

"Peruntukan mana di dalam Perlembagaan PAS yang memberi Jawatankuasa PAS Pusat kuasa untuk membatalkan Muktamar?" soal Kit Siang dalam kenyataan itu.

Azmin juga bertegas tiada keperluan PAS membawa usul itu untuk dibincang Majlis Syura Ulama.

"Saya tidak kata setuju...Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi dan menjadi amalan setiap parti-parti politik.

"Kalau Keadilan pun jika ada kongres, itulah keputusan muktamar atau pun juga dengan DAP yang diputuskan dalam kongres DAP, itulah keputusan muktamar.

"Saya percaya sepatutnya itu juga menjadi amalan dalam sistem demokrasi, apa yang diputuskan oleh kongres, perlu dipatuhi oleh semua pihak, " ujarnya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.