Followers

Monday, June 15, 2015

Bertudung tapi mencuri FMT Reporters

 
curii-baju_600

Sekumpulan pencuri wanita di Tawau, Sabah berselindung di sebalik tudung dan pakaian mengandung.

PETALING JAYA: Gelagat sekumpulan empat wanita bertudung yang bersekongkol untuk mencuri di sebuah premis berjaya dirakan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan berlaku pada 1 Jun lalu, di Tawau Sabah.

Dalam rakaman itu, salah seorang daripada mereka kelihatan menggumpal pakaian sebelum menyelak dan menyumbatnya di dalam baju yang dipakai.

Sejurus selepas itu, dia beredar dan di kedudukan yang sama, seorang lagi rakannya melakukan perbuatan yang serupa, serentak dengan seorang lagi yang lain.

Tiga daripada mereka kemudian beredar keluar dari premis berkenaan.

Dalam satu lagi rakaman, kelihatan seorang wanita membuka kotak dan kemudian mengakang untuk menyumbat bahan yang dicuri di celah kelangkang.

Ia dilakukan berdepan dengan CCTV dan suspek kelihatan ditemani suami dan seorang anak kecil.

Dalam video yang berdurasi 6.03 minit kelihatan kumpulan berkenaan kembali semula ke premis berkenaan selepas berjaya membawa keluar barang yang dicuri.

Seperti sebelumnya, mereka menggunakan cara yang sama.

Bagaimanapun kali ini salah seorang daripada mereka tidak bernasib baik selepas barang yang disembunyikan di celah kelangkang jatuh di hadapan salah seorang pekerja.

Dia kemudian cabut lari manakala teman sejenayahnya yang lain berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.