Followers

Saturday, June 20, 2015

Pakatan belum MATI? Anda hancurkannya, Kit Siang beritahu Hadi

Mengapa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak mati apabila beliau sendiri yang memusnahkan gabungan itu dengan melanggar Rangka Kerja Dasar Bersamanya dan juga prinsip operasi kesepakatannya, soal DAP.

Ketua Parlimennya Lim Kit Siang berkata, akibat tindakan Hadi itu, Majlis Kepimpinan PR tidak dapat berfungsi sepanjang setahun yang lalu, menyebabkan PR hanya wujud pada nama.

Beliau juga mendedahkan, presiden PAS itu sama ada enggan menghadiri mesyuarat kepimpinan PR atau menggunakan kuasa vetonya menolak keputusan yang diambil pada mesyuarat yang tidak dihadirinya, walaupun kesepakatan dicapai kepimpinan ketiga-tiga parti.

Hadi juga, katanya, enggan menghormati janji yang beliau buat sendiri semasa mesyuarat.
"Saya rasa pelik bagaimana Hadi mendakwa PR tidak mati apabila sepanjang setahun yang lepas beliau sendiri memusnahkan dua tiang yang membawa kejayaan kepada PR pada pilihan raya umum ke-13 dan tanpanya, PR tidak akan wujud," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mempersoalkan mengapa Hadi menegaskan gabungan itu masih wujud sedangkan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata beliau tidak menyesal dengan keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP, walaupun ia membawa kepada pembubaran PR.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor itu berkata mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi apabila membentangkannya pada muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun lalu, yang kemudiannya diterima tanpa bahas pada muktamar tahunan ke-61 parti itu.

Tetapi Lim berkata, walaupun kepimpinan PAS kelihatan tidak sependapat mengenai usul yang diluluskan itu, beliau tidak berminat campur tangan dalam hal tafsiran mereka yang berbeza.

Sebaliknya, pemimpin veteran itu berharap walaupun PR tidak lagi wujud, Rangka Kerja Dasar Bersama gabungan itu mengenai perpaduan negara, keadilan dan kemakmuran rakyat Malaysia akan kekal sebagai matlamat yang boleh dicapai pada pilihan raya umum akan datang. - TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.