Followers

Monday, June 22, 2015

PAKATAN BARU : MASIH ADA JALAN ( asal PAS akur rangka kerja sebelum ini)

Ismaily Bungsu C's photo.

PRU13 telah menjelaskan PAKATAN meraih undi 52% dan meninggalkan BN dengan 47% sahaja, tetapi kesan BN memenangi lebih 33 kerusi maka BN berhak kuasai putrajaya.

Kerusi2 MP di Malaya sekitar 116 kerusi dan di Sabah 25 kerusi sedang di Sarawak sejumlah 31 kerusi.

Jika PAS dan PKR juga DAP tidak berkerjasama, maka jelas BN akan meraih kemenangan di musim PRU14 nanti.

Katakan PAS bersendirian dan silap2 Kelantan akan terlepas ke BN dan sejarahnya cukup jelas PAS tidak akan susah jika di Kelantan diperjuangkan oleh PAS melulu dan untuk kuasai Trengganu/kawasan Hadi akan lebih susah.

Tidak boleh tidak, ketiga parti berkenaan kena bersama berjuang dalam pakatan baru nanti dan jika ini bisa dilakukan maka menundukkan BN itu akan lebih mudah di PRU14 akan datang.

Barangkali PAS kena akur maksud kesepakatan atau kena akur sistem kabinet dan tidak boleh menolak suara majoriti yang menyebabkan ada masalah dalam membuat keputusan.

ISTILAH pakatan kena akur suara majoriti. Jika dua parti sekata dan yang satu kena akur. Jika tidak makna bukan pakatan.

Samalah maksudnya bila kita bercakap sistem kabinet kena akur suara majoriti dan yang lain kena setuju. Biasanya kalau tak setuju dan bising di luar, pihak ketiga kena tinggalkan pakatan dimaksudkan.

Hadi selalu tidak menghadiri mesyuarat Pakatan dan bila Dap dan PKR bersetuju, Hadi pula menggunakan kuasa vetonya menolak apa yang dipersetujui dan kesannya menimbulkan banyak masalah.

Kenyataan Lim Kit Siang kala menghadiri acara buka puasa di Taman Indah Jaya, Kluang sabtu lalu jelas membayangkan masih ada harapan dan keinginan jika PAS benar-benar mahu berkerjasama asal akur dengan visi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan semua aspek.


ISMAILY BUNGSU
Sabah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.