Followers

Sunday, June 14, 2015

Najib tetap kena jumpa Tun M-AMT UMNO Mohamad Fadli

  
mahathir_najib_see_600

Perjumpaan itu bagi menyakinkan kembali kepercayaan Tun Mahathir kepada Najib dan mengatasi masalah mereka berdua.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dinasihat berjumpa segera Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebahagian usaha mengatasi kemelut mereka berdua daripada terus berpanjangan.

Pandangan itu dibuat oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof.Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, yang melihat ia satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.

“Pada pandangan saya, ikhlas Najib mesti berjumpa dengan Tun Mahathir.

“Itu satu penyelesaian. Kalau tak, sampai bila-bilapun tak akan selesai,” katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Penerangan Perdana oleh Najib bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Beliau juga optimis kerana berdasarkaan pengalamannya, perjumpaan antara Najib dengan bekas Perdana Menteri Keempat itu akan menjadi kenyataan.

“Sebenarnya Tun Mahathir ini sangat baik hati. Saya rasa Tun Mahathir tidak ada masalah sekiranya cadangan ini dibuat.

“Sebagai anak didik Tun Mahathir, saya cuba rapatkan perbezaan pandangan antara mereka,” katanya lagi.

Sebelum itu Najib hadir dalam majlis tertutup yang pada dasarnya memberi penjelasan mengenai krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada masa sama, Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpuas hati dengan penerangan Najib, khususnya dalam mengatasi masalah berkenaan.

“Mengenai 1MDB itu hanyalah agenda pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan.

“Kita kena sabar dan tunggu laporan audit mengenai 1MDB dulu sebelum buat tuduhan,” katanya.

Sementara itu bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Hasan Hamzah turut menyatakan pandangan sama, supaya Najib bersemuka dengan Dr Mahathir.

“Penyelesaian yang terbaik ialah berjumpa dengan Tun Mahathir.

“Tapi sama ada boleh diterima atau tidak oleh pihak Tun Mahathir, Wallahualam, kena tanya dengan Tun Mahathir sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.