Followers

Monday, June 15, 2015

Najib janji selesai masalah 1MDB selewatnya hujung tahun ini OLEH HASBULLAH AWANG CHIK



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) berkata dalam dua bulan atau hujung tahun ini, beliau akan menyelesaikan kemelut 1MDB yang sarat hutang. –

"Seawal-awalnya dua bulan, namun tidak bergantung kepada tempoh tertentu, beliau akan menyelesaikannya hujung tahun ini," kata Hasan yang ditemui pemberita di perkarangan PWTC hari ini.

Hassan berkata penjelasan Najib hari ini memuaskan dan tiada sebab untuk rakyat Malaysia tidak memberikan sokongan kepada presiden Umno itu.

Katanya, 1MDB perlu diberikan masa kerana isu yang melanda syarikat sarat hutang itu tidak sebesar mana, tetapi sudah diputar belit pihak tertentu.

“Isu ini sudah diputar belit. Kita berharap rakyat Malaysia menyokong Najib tidak kira apa jua cabaran, yang penting Melayu, ekonomi dalam keadaan baik, orang Islam bersatu dan tidak boleh mempunyai dua kapten.

“Isu 1MDB dibangkitkan dan terbesar ia sudah diputar belit DAP untuk kepentingan politik.

“Najib berkata hakikatnya berbeza berbanding apa yang dikatakan di media sosial dan pihak pembangkang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan penjelasan Najib hari ini lahir daripada hati dan tidak menyembunyikan isu yang disampaikan.

Katanya, Najib juga jelas dalam menyampaikan isu 1MDB yang syarikat itu sudah menjelaskan hutang dan ia merupakan proses berterusan.

"Dia bercakap dari hati, ceritakan kebenaran dan segala-galanya daripada soal 1MDB dan pentadbiran negara. Ada yang rahsia dan ada langkah yang ke hadapan.

"Saya fikir dia dapat sambutan yang baik daripada Umno sebab beliau cakap dari hati.

"Tiada masalah. 1MDB segalanya seperti dirancang dan diterangkan. Hutang sudah dibayar, proses pembayaran akan berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai pergeseran Najib dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Alwi berkata Najib terbuka kepada perbezaan pendapat tetapi semuanya perlu dilakukan secara berhemah. 

“Pada dia boleh ada perbezaan pendapat. Boleh tegur tetapi ada kaedahnya. Jangan sampai meruntuhkan Umno.

“Kita dengan bapa, bapa kita tegur, kita terima dengan baik tetapi tak kan nak berdebat depan ramai,” katanya.

Ahli  Jawatankuasa Penerangan Pemuda Umno Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata apa yang diterangkan kepada Najib hari ini seharusnya dijelaskan kepada khalayak ramai.

Katanya, sekiranya Najib dapat memberi penjelasan sebaik itu kepada masyarakat, pastinya pelbagai perbalahan yang berlaku sebelum ini dapat dielakkan.

“Dia sudah menjelaskan dari sudut spekulasi sesetengah pihak tentang pendiriannya sebelum ini tentang apa yang dilakukan. Kita sebagai akar umbi seharusnya jelaskan kepada setiap cawangan.

“Apa yang diterangkan ini memang sangat jelas. Kalau ini yang diterangkan sebelum ini, kita akan faham. Kenapa beliau tidak jawab hari itu? Kalau tidak, tidak ada terjadi perbalahan dan sebagainya.

“Kalau Tun (Dr Mahathir) ada, Tun pun akan sokong Najib. Semuanya jelas. Sepatutnya ini yang diterangkan supaya kita faham,” katanya.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.