Followers

Monday, June 15, 2015

ANAKANDA ALMARHUM SULTAN JOHOR SELAR KENYATAAN MAHATHIR

ANAKANDA ALMARHUM SULTAN JOHOR SELAR KENYATAAN MAHATHIR MENYALAHKAN ALMARHUM SULTAN JOHOR YANG MENYEBABKAN TUN SALLEH ABBAS DIPECAT SEBAGAI KETUA HAKIM NEGARA. 

Zack Ahmad's photo.

Adinda Sultan Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang cuba menyalahkan ayahandanya berhubung isu pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988. 

Menurut Tunku Abdul Majid, mantan perdana menteri itu tidak sepatutnya meletakkan kesalahan itu terhadap mereka yang telah meninggal dunia. 

“Mahathir mengunakan ayahanda saya untuk menyingkirkan Tun Salleh, beliau seorang individu yang baik dan (almarhum) ayahanda saya mengiktirafnya dan telah berbaik dengannya. 

“Mahathir tolong jangan letak kesalahan (tersebut) pada orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya” bidas baginda melalui catatan Facebooknya semalam. 

Menurut anakanda almarhum Sultan Johor itu, dakwaan Mahathir itu tidak berasas kerana jarak antara istana Johor dan rumah Tun Salleh agak jauh dan adalah mustahil bunyi bising yang dimaksudkan itu boleh didengar dengan jarak tersebut. “Kita manusia tak lari dari kesilapan. 

Arwah ayah saya ada baik dan buruknya tetapi semua rakyat tahu baginda adalah seorang Sultan yang Amanah, Jujur dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negeri Johor di atas segala-galanya. “… apa yang saya nak katakan adalah mustahil yang Mahathir mengatakan Tun Salleh cakap rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan arwah ayah saya terlampau jauh (dan) kalau memandu pun mengambil masa lebih dari 5 minit jadi macam mana renovation istana boleh tun dengar” ujarnya lagi. 

Mahathir ketika bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur semalam mendakwa Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan. 

Agong ketika itu ialah almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail. Menurutnya masalah itu berpunca daripada aduan yang dibuat Salleh kerana menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa “terlalu bising dan mengganggu rumahnya”. 

Selain Tunku Abdul Majid, kenyataan Mahathir itu turut dibidas oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sambil menyifatkan Mahathir cuba memanipulasi isu tersebut. 

“Pada masa itu, Tun Salleh tinggal kediaman rasmi Ketua Hakim di Jalan Conlay. 

Tiada sebarang kerja pengubahsuaian yang dilakukan di Istana Johor. “Bunyi bising yang dimaksudnya (Mahathir) itu datang dari kerja-kerja pembinaan rumah pangsa Conlay yang bersebelahan dengan rumah Tun Salleh” ujar baginda pula. 

Pentadbiran Mahathir sebelum ini didakwa sebagai bertangungjawab menyekat kuasa dan peranan institusi perundangan negara. 

Mahathir sebelum ini dikatakan membalas dendam dengan memecat Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 kerana keputusannya mengharamkan UMNO sebagai sebuah parti politik.

Omak Kau !!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.