Followers

Wednesday, June 24, 2015

Mara perlu menyiasat perjanjian ‘Dudly House’ di Australia



SEKILAS PANDANG:  Ini sangat menyedihkan! Satu demi satu, perjanjian yang meragukan melibatkan Malaysia di luar negara telah terbongkar.

Kes terbaru melibatkan “sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya” yang di dakwa membeli satu blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan harga melebihi harga pasaran dan menyimpan perbezaan harga yang wujud itu.

Suratkhabar Australia The Age, dalam laporan ekslusifnya baru-baru ini, membongkar satu penjanjian meragukan yang berlaku di sebalik pembelian bangunan lima tingkat asrama pelajar yang dikenali sebagai Dudley International House, sebagai satu penipuan hartanah terbaru.

Bangunan itu dimiliki oleh agensi kerajaan Mara, dan pihak yang didakwa terlibat dalam perjanjian itu melibatkan pegawai tertinggi Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.

Menurut laporan itu, kumpulan itu didakwa membayar lebih sebanyak A$4.75 juta (RM 13.8 juta) untuk apartmen itu, dan jumlah itu kemudiannya menjadi rasuah.  Bidaan kemudiannya melonjak daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM 65.3 juta).

Dan seperti mana perjanjian meragukan yang lain, terdapat syarikat bayangan yang ditubuhkan khusus untuk memindahkan dana berkaitan dengan perjanjian itu, dan invois palsu yang diberikan oleh firma Malaysia kepada pemaju perumahan, untuk perkhidmatan palsu yang diberikan.

The Age juga mendakwa yang kumpulan orang yang sama terlibat dalam pembelian hartanah, bangunan pejabat dan blok apartmen bernilai hampir A$80 juta di Melbourne.

Suratkhabar itu menembual kontraktor Australia John Bond, yang bakal diisytiharkan muflis selepas dia menyiapkan bangunan Dudley House, tetapi tidak pernah dibayar untuk kerjanya.

“Perjanjian ini menindas penduduk Australia dan melibatkan korupsi yang sangat serius tetapi tiada seorang pun dipertanggungjawabkan,” dia dipetik berkata.

Suratkhabar itu mendakwa yang penjualan apartmen itu ialah sebahagian daripada skandal rasuah dan pelaburan wang haram global yang diketuai oleh pemaju Australia yang tamak dan pegawai asing yang berkuasa- pujian yang kita tidak perlukan.

Ia menamakan orang Malaysia dalam skandal tersebut ialah ahli perniagaan Yusof Gani, Azizi Yom Ahmad, anaknya Erwan (yang menggunakan rangkaiannya untuk memastikan perjanjian itu berlaku), bekas ahli politik yang kini pengerusi Pelaburan Mara Mohammad Lan Allani, dan ketua eksekutif Mara, Halim Rahman.

Tidak mengejutkan, Mohammad Lan memberitahu suratkhabar itu yang dia tidak mengingati perjanjian Dudley House, walaupun dia melawat Melbourne untuk memeriksa hartanah itu pada bulan Mei tahun lepas. Ditanya samada unsur korupsi berlaku, dia meletakkan telefon.

Hakikatnya, pengerusi Mara Annuar Musa sendiri telah melawat bangunan asrama itu pada Mei tahun lepas, ditemani oleh pegawai kanan Mara (termasuk Mohammad Lan), menurut laporan Bernama.

Ini tidak mengejutkan sama sekali.

Skandal ini terbongkar ketika Mara masih bergelut membersihkan namanya selepas kelihatan bersimpati dengan penjenayah seks kanak-kanak yang ditajanya, yang kini sedang dipenjarakan di United Kingdom.

Bertahun lamanya, orang penting dalam kerajaan Malaysia telah mengambil wang pembayar cukai membuta tuli, membelanjakan duit itu seperti duit mereka bak air yang mengalir dalam perjanjian luar negara yang meragukan- selalunya menerima manfaat dalam bentuk rasuah yang besar.

Meneliti orang yang terlibat, tepat untuk mengatakan yang “habiskan selagi boleh tanpa segan silu” ialah ciri-ciri khusus kroni kerajaan pemerintah dan politikusnya- menggunakan nama Umno Baru.

Bertahun lamanya, budaya menjijikan ini berlaku tanpa dikekang. Nampaknya rakyat semakin miskin sedangkan mereka yang mempunyai hubungan yang betul, terus menjadi kaya.

Siapakah dan apa hak mereka untuk menggunakan wang rakyat sesuka hati? Jika kes ini berlaku di negara China, kita akan menyaksikan pegawai-pegawai yang korup ini akan ditahan, dibicarakan kerana korupsi dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh pasukan penembak.

Tetapi kita berada di Bolehland, kita boleh menjangkakan yang tiada siasatan, apatah lagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Tetapi mari kita berharap yang kita silap- kini tanggungjawab terletak pada Mara untuk mengambil langkah pertama melancarkan siasatan kepada kes ini.

Persoalan yang masih kekal: adakah Mara akan bertindak?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.