Followers

Friday, June 19, 2015

Mahfuz beri kata dua kepada Azmin - Khairil Ashraf

 
mahfuz-omar_azmin-ali_pakatan_600

Jika enggan membubarkan DUN, Azmin perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.

KUALA LUMPUR :Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjadi jalan terakhir bagi mengatasi kemelut politik di Selangor.

Kata dua itu diberikan bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, jika enggan membubarkan DUN, dia perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.

“Mahu tidak mahu Menteri Besar Selangor harus membuat pendirian sama ada memilih salah satu daripada parti (Pas atau DAP) untuk menjadi rakan dalam pentadbiran Negeri Selangor.

“Kalau PKR memilih DAP, maka Pas harus berundur.. kalau PKR memilih Pas, maka DAP harus berundur. Yang berundur bukan bermakna dia tidak menyokong kerajaan, dia boleh jadi parti mesra kerajaan,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua parti seharusnya menerima keputusan sekiranya PKR memilih salah satu daripada parti itu.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi di mana PKR hanya mempunyai 13 kerusi, manakala PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi, UMNO 12 kerusi dan satu kerusi bebas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.