Followers

Wednesday, June 3, 2015

Laungan ‘Selamatkan Malaysia’ sambut kepulangan Muhyiddin - Adam Abu Bakar


muhyiddin,klia
 
Muhyiddin menjadi tumpuan kerana beliau paling lantang mengkritik 1MDB dan tidak hadir mesyuarat ketika Najib memberi kata dua kepada Kabinet.

SEPANG: Laungan ‘selamatkan Malaysia” bergema di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari bercuti di luar negara.

Kira-kira 30 penyokong yang terdiri daripada ahli UMNO yang hadir menyambut Timbalan Perdana Menteri turut melaungkan ‘Hidup Tan Sri’.

Media cuba mendapatkan komen mengenai dakwaan beliau telah meletak jawatan, Muhyiddin hanya menjawab ‘no comment’.

Beliau juga hanya menjawab ‘good’ apabila ditanya percutiannya di luar negara.

Muhyiddin menjadi tumpuan pemimpin UMNO selepas beliau tidak hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kata dua kepada anggota Kabinet sama ada bersama beliau memulihkan 1MDB atau meletak jawatan.

Muhyiddin diketahui tidak menyokong 1MDB selepas video rakaman yang memaparkan beliau mendesak Najib memecat kesemua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB disebarkan kepada umum.

Timbalan Presiden UMNO itu dikhabarkan akan menyatakan pendiriannya terhadap desakan supaya Najib meletak jawatan dalam tempoh terdekat ini.

Muhyiddin disebut-sebut bakal menggantikan Najib malah Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong beliau sebagai Perdana Menteri ke-7.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.