Followers

Wednesday, June 3, 2015

Ketua Pemuda Pas puji DAP - Faiz Zainudin

 

Suhaizan-Kaiat_pas_dap_sarawak_600
DAP menjadi satu-satunya parti dari Semenanjung yang berjaya menembusi Sarawak.

SHAH ALAM: Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat memuji DAP kerana menjadi satu-satunya parti politik dari Semenanjung yang berjaya memasuki Sarawak.

Katanya, hanya DAP berjaya mempengaruhi pengundi di Sarawak hasil pendekatan yang berkesan.

Katanya, Pas telah mencuba dengan pelbagai cara tetapi masih gagal diterima rakyat Sarawak begitu juga dengan UMNO yang masih gagal menubuhkan satu pun cawangan di negeri itu.

“Kejayaan DAP yang menang di Sarawak sepatutnya kita boleh pelajari selok-belok dan pendekatan mereka.

“DAP juga pada awalnya tidak diterima oleh pengundi Sarawak.Tetapi dengan strategi yang berkesan, DAP kini bertapak kukuh di Bumi Kenyalang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Pemuda Pas pada Selasa.

Suhaizan berkata, dalam Pilihan Raya Umum ( PRU-13) yang lalu, Barisan Nasional (BN) menang 25 kerusi daripada 31 kerusi manakala selebihnya Pakatan Rakyat ( PR).

Katanya, untuk menawan Putrajaya, PR perlu memastikan kubu kuat BN di Sarawak dipecahkan menjelang pilihan raya negeri yang dijangka akan diadakan beberapa bulan lagi.

“Pemuda Pas mencadangkan agar Pas Pusat lebih agresif dalam mewajahkan Pas Sarawak sebagai sebuah parti tempatan.

“Sudah sampai masanya Pas Sarawak diberikan autonomi dalam mentadbir dan merencanakan perjalanan parti di negeri itu,” katanya.

Sehubungan itu, Suhaizan mencadangkan supaya Pas dan PR mengadakan pakatan politik dengan parti seperti SNAP, SWP dan STAR yang tidak terikat dengan parti komponen BN, kerana parti itu lebih diterima pengundi di Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.