Followers

Saturday, June 6, 2015

Kenapa mereka buat begitu kepada Tun Mahathir suarakami.

Menurut Zam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga telah meletakkan kredibiliti kabinet dan kerajaan menjadi pertaruhan, tulis Zam dalam blog posting beliau.

Menurut Zam, “Apa yang lebih teruk lagi, semua ini berlaku hanya sehari selepas Najib telah mendabik dada sebagai seorang berdarah pahlawan Bugis yang berani, tidak pernah lari dari pertempuran, tetapi dia sebenarnya yang pertama yang hilang dari medan pertempuran sebelum perang bermula. “


Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin
NILAI EMAS INI DISIA-SIAKAN NAJIB

Ini adalah bantuan ikhlas saya kepada Bahagian Khas Polis Diraja Malaysia yang sedang menjalankan risikan terhadap kesan dari Tun Mahathir dihentikan berucap di PWTC kelmarin:

Simpati pada Mahathir tiba-tiba memuncak pantas seperti kilat keseluruh negara menjadi virus atau wabak kemarahan kepada Najib kerana tajuk forum” Nothing to Hide” begitu berkesan dalam menarik perhatian dan harapan rakyat untuk mendengar keterbukaan Najib.

Pertanyaan popular sehingga pagi ini dari peringkat anak muda hingga ketua dari rakyat berbagai kaum ialah: Kenapa mereka buat bagitu pada Mahathir, kasihan dia sudah tua, dia pemimpin yang dihormati, orang Malaysia hormat warga tua dan sebagainya.

Seorang juruhebah radio yang terkemuka memberitahu saya dia menangis apabila Mahathir diarah turun dari pentas. Seorang yang pernah menjadi pegawai tertinggi kerajaan memberitahu saya disuatu majlis perkahwinan malam tadi ” 


Kalau Mahathir dibiarkan bercakap pastinya membawa kesan positif kepada sikap demokratik Najib kerana pentasnya telah diberikan kepada Mahathir.”. Dia telah melepaskan peluang keemasan perang sarap yang sangat besar kerana dalam keadaan panik.

Seorang ADUN bertanya pada saya siapakah penasihat Najib dan saya beritahunya dengar kabar yang terkini setelah yang lain tidak berguna lagi ialah Lim Kok Weng yang dikayakan oleh Mahathir.” Najib tidak pernah mendapat penasihat yang betul.” katanya

NAJIB TIDAK SAHAJA MEMALUKAN DIRI TETAPI JUGA ANGGOTA KABINET DAN KERAJAAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib bukan sahaja memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan kehadirannya di forum terbuka Nothing To Hide tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga kredebiliti kerajaan.

Tidak sewajarnya beliau sebagai perdana menteri yang dikelilingi oleh penasihat keselamatan tidak dapat mejangka pekara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempormosikan “saya bersedia untk mendedahkan segalanya”

Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukan keberanian,keterbukaan dan” kebersihan” ,maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yang amat parah.

Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yang terbukti dari suara rakyat yang meletup menyeluruh menerusi media sosial yang merasa mereka cuba dibodohkan.

Lebih memburukan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai ” Pahlawan Bugis” yang gagah berani, yang tidak pernah takut melawan tetapi beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.

Tujuan utama anjuran Forum ” Nothing To Hide’ adalah perang sarap untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa-apa yang hendak disembunykian oleh Najib disebalik berbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan 1MDB.

Dari awal saya mengesyaki bahawa ini adalah suatu perancangan stage manage perang sarap dari peringkat penganjuran, kehadiran, panel penanya,(yang tentunya dalam senarai moderator) hingga kepada tukang sorak dan pembicara-pembicara pembantu .

Mungkin oleh kerana terlalu yakin kepada Lim Kok Weng penasihat baru media,maka pejabat Perdana Menteri tidak mendapatkan nasihat pihak polis tentang pekara-pekara yang tidak diduga akan berlaku.

Kehadiran Mahathir mungkin tidak dijangka tetapi bila forum ini dihebohkan sebagai terbuka maka saya sendiri telah bertanya bagaimana kalau Mahathir hadhir.

Sehingga pagi ini beberapa orang profesional yang mengunjungi cafe saya di presint 8 Putraya telah bertanya tentang kemungkinan itu dan saya berkata mengetahui sikap Mahathir beliau akan hadhir. Dalam perjuangan Mahathir akan turun sehingga keperingkat paling bawah, dia sanggup menjadi street fighter.

Mahathir hadhir untuk mendengar penerangan Najib sebagai orang biasa dan bukannya untuk berdebat tetapi ternyata bahawa forum ini adalah drama pentas apabila para wartawan tidak dibenarkan masuk dan kehadhiran Mahathir menjadi suatu masalah besar yang menyebabkan akhirnya forum itu terpaksa dibatalkan apabila Mahathir menggantikan Najib untuk memberi penerangan.

Kegagalan Najib menepati janji telah sekali gus menjatuhkan keyakinan rakyat kepadanya kepada taraf paling rendah. Ketulusan , kejujuran dan keikhlasannya dipersoalkan serta merta di seluruh negara.

Impak kepada kejadian ini sangat berat kepada kepada perancangan Najib untuk mengadakan jerayawala(road show) di seluruh negara. 


Beliau akan berhadapan dengan rakyat yang tidak percaya kepadanya. Beliau berbohong kepada mereka mengatakan beliau seorang Wira Bugis, Pahlawan Bugis yang gagah berani.

Perasaan demoralising ini tidak sahaja menekan Najib tetapi pastinya turut dirasakan oleh seluruh anggota kabinet yang merasakan diri mereka ada integriti kerana mereka berada di bawah pimpinan seorang pemimpin yang telah hilang kepercayaan rakyat.

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang perdana menteri di malukan sebegini rupa . Seluruh anggota kabinet wajib memikirkan apakah langkah yang sewajarnya untuk mereka lakukan bagi menebus maruah kepimpinan negara dam bagi mengembalikan keyakinan dan semangat rakyat sebelum pilihanraya akan datang.


Ironinya, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin objektif perang saraf di dalam forum Nothing To Hide adalah untuk meyakinkan rakyat bahawa tiada apa-apa untuk Najib sembunyikan di tengah-tengah semua kecurigaan ditujukan kepadanya ekoran masalah kewangan 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.