Seorang penumpang sempat merakam video yang
menunjukkan dua kakitangan Air Asia mencampakkan beg dan kotak barangan
penumpang ke dalam lori pengutip bagasi.
PETALING JAYA: Seorang pengguna laman sosial Facebook, Wong Kee Hock berang apabila mendapati barangannya yang dilabel ‘fragile’ dalam bagasi didapati pecah.
Bagi menunjukkan sendiri cara kakitangan mengendalikan bagasi penumpang termasuk yang dilabel sebagai barangan mudah pecah, Kee Hock merakam dan memuat naik sebuah video dua kakitangan lapangan terbang yang bertindak mencampak beg dan kotak barangan penumpang ke dalam lori pengutip bagasi.
“Penerbangan saya AK 775 dari Kuching ke Singapura… Ini adalah cara kakitangan mencampakkan beg … Barangan saya sendiri telah pecah. Saya merakamnya kerana mahu satu dunia melihat.”
“Simpan barangan yang ‘mudah pecah’ dengan anda, lebih baik.”
Klip video berdurasi 1.39 minit itu telah ditonton oleh lebih 400,000 pengguna Facebook.
Comments
Readers are required to have a valid
Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to
allow a healthy debate. We want our readers to be re
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.