KITA BACA...
DAULAT TUANKU.BRIGEDIAR JENERAL BANGKITLAH RAKYAT MALAYSIA
Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.

Nampaknya teguran saya
secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang
menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk
teguran rakyat lain didengar?
Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.

Apabila
saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat
Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat,
dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.
Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing.

Namun, keadaan di Malaysia pada
hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela
dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung
untuk membela perkara yang salah.
Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka.

Johor hanya mempunyai
tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk
mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.
Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang.

Kita akan
bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk
menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Saya
berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk
menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.
Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka.

Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh
terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya
anda.
Gerakan demontrasi jalanan wajib dimulakan segera demi memastikan
500 tahun lagi anak cucu kita nanti tidak menghadapi nasib yang sama.
Di
jual dan di jajah bangsa sendiri kononnya atas nama agama dan negara.
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka.

Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan
menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak
dan mampu menilai sendiri.
Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.
-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.