Followers

Tuesday, June 16, 2015

Hanya enam jam kerja di Brunei sepanjang Ramadan - FMT Reporters

 
brunei1

Waktu bekerja bagi pekerja yang menerima gaji harian pula dikurangkan sebanyak satu jam

PETALING JAYA: Kakitangan awam di Brunei hanya bekerja selama enam jam sehari sepanjang Ramadan ini dan tiga jam setengah pada Jumaat.

Waktu bekerja itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Brunei, Yahya Idris pada Isnin.

Menurut Pekeliling itu, pada Isnin sehingga Khamis, waktu bekerja bagi kakitangan awam ditetapkan jam 8 pagi dan pulang pada jam 2 petang.

Manakala pada hari Jumaat pula, operasi di pejabat awam bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Menurut Pekeliling itu, Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap perkara itu.

Sementara itu, bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa dan penentuan memulakan kerja terserah kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing- masing, kata Pekeliling itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.