KOTA BAHRU - Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan
yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan
undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355
masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen.
Beliau berkata, berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau
mengharapkan kerajaan akan membenarkan usul itu dibentangkan.
“Kita masih menunggu, beberapa berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga.
“Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini akan diguna pakai untuk seluruh negara, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.