Followers

Sunday, June 7, 2015

“Gempa Bumi Balasan Allah S.W.T” – Ketua Pemuda PAS






Ketua Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa bencana gempa bumi yang melanda Sabah semalam merupakan satu peringatan daripada Allah S.W.T.

Tegas beliau, perkara itu terkandung dalam firman Allah S.W.T yang menyebut bencana berlaku kerana Allah S.W.T hendak merasakan mereka sebahagian balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah dilakukan.

“Sebagai seorang muslim, ini merupakan suatu peringatan daripada Allah S.W.T tentang kekuasaannya,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Nik Mohamad Abduh melahirkan rasa simpati terhadap penduduk Ranau dan beberapa tempat di bahagian Sabah yang mengalami gempa bumi tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Dewan Pemuda PAS Malaysia menyalurkan segala bantuan yang diperlukan mangsa gempa bumi tersebut bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka.

“Saya menasihati penduduk di kawasan terlibat sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan keadaan yang masih belum stabil di samping terus berdoa supaya keselamatan diri dan keluarga terus terjamin,” katanya. – mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.