Followers

Friday, June 19, 2015

Gaji peminjam PTPTN dipotong tapi ketirisan dibiarkan berlaku - FMT Reporters


PTPTN-defaulters
AMK percaya tindakan itu ada kaitan dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Khary Jamaluddin.

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan mahu memotong gaji 163,007 pejawat awam bagi membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak adil.

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, perbuatan menghukum peminjam PTPTN itu dilakukan pada masa ketirisan berlaku yang dibiarkan oleh kerajaan.

“Tekanan ekonomi rakyat kini memuncak sejak pelaksanaan GST. Harga minyak yang naik setiap bulan dan ura-ura kenaikan kadar tol di 12 lebuh raya utama memburukkan lagi tekanan kos sara hidup rakyat biasa.

“Adakah gaji yang diterima penjawat awam memadai untuk menanggung semua ini dan kini berdepan dengan potongan gaji?, katanya dalam kenyataan media.

Akmal berkata, AMK percaya tindakan itu ada kaitan dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Khary Jamaluddin yang mahu kakitangan awam yang tidak membayar PTPTN dikenakan tindakan tatatertib.

“Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO lebih cenderung menghukum penjawat awam mahupun orang muda. Beliau gagal melihat masalah ini dari sudut yang luas iaitu bayaran balik pinjaman PTPTN tidak memuaskan adalah disebabkan ketempangan sistem itu sendiri.

“Beliau sepatutnya meneliti mengapa rakyat dipaksa membuat hutang bagi melanjutkan pelajaran dan mengapa terdapat elemen membuat keuntungan dalam pendidikan tinggi,” katanya.

Dia berkata, mengikut perkiraan pada 2013, kos untuk menghapuskan hutang PTPTN berjumlah RM23 bilion, separuh daripada hutang RM42 bilion oleh 1MDB.

“Ini jelas terbukti sikap pilih kasih apabila kerajaan memilih untuk menghukum peminjam PTPTN tanpa kompromi sedangkan begitu banyak ketirisan wang rakyat yang lain dibiarkan begitu saja.

“Jika Khairy dengan lantang menggelarkan peminjam yang tidak membayar PTPTN sebagai mengkhianati perjanjian, beranikah beliau menuntut agar gaji Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak dipotong sehingga hutang 1MDB dijelaskan terlebih dahulu?, katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.