Followers

Tuesday, June 16, 2015

DAP tidak perlu Wan Azizah umum- Lim Kit Siang Mohamad Fadli

 
lim kit siang,pR

Keputusan PR tidak lagi wujud diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP berdasarkan keputusan Muktamar Pas.

KUALA LUMPUR: DAP tidak perlukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk umumkan Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud yang telah diputuskan parti itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP berhak mengumumkan keputusan itu susulan keputusan Muktamar Pas yang menerima usul putus hubungan diterima tanpa dibahas.

Sehubungan itu, katanya, DAP tidak perlu pihak lain untuk mengumumkan keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

“Tidak, kita tak perlu tunggu dia (Wan Azizah) untuk umumkan keputusan DAP,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Kit Siang berkata, sudah tiba masanya DAP bergerak ke hadapan kerana ini merupakan masa yang sesuai untuk mencapai matlamat perjuangan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.