Followers

Thursday, June 4, 2015

BNM mula siasat 1MDB


bnm,1mdb
 
BNM juga akan mengambil kenyataan daripada individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak domestik dan luar negara yang berkaitan.


PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan siasatan rasmi ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi meneliti sama ada berlaku pelanggaran peraturan dan undang-undang bank pusat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ia sedang mengambil kenyataan individu-individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak dalam negeri dan luar negeri yang berkenaan.

Selain itu, BNM berkata, ia telah menghantar maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa asing kepada agensi penyiasatan yang berkenaan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa asing.

“Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa sebarang penzahiran lanjut maklumat siasatan boleh menjejaskan hasil siasatan.

“Bank Negara Malaysia sedang mengambil segala langkah yang perlu di bawah bidang kuasa perundangannya, termasuk bekerjasama dengan agensi lain, untuk menyumbang ke arah penyelesaian perkara ini dengan secepat mungkin,” katanya.

Menurut BNM, kenyataan yang dikeluarkannya bertujuan untuk memberikan pencerahan mengenai peranan bank pusat berhubung dengan mana-mana entiti pemastautin, termasuk 1MDB, yang membuat pelaburan di luar negara atau mendapatkan peminjaman luar pesisir di bawah Seksyen 214 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang berkuat kuasa sebelum 2013.


-BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.