Followers

Thursday, June 4, 2015

Bekalan air di Semenyih mungkin dicatu FMT Reporters

 
catuan air,selangor

SYABAS diminta menghantar tangki air kepada penduduk yang terjejas di Semenyih


PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan catuan air sebagai salah satu penyelesaian terhadap masalah bekalan di Semenyih.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagaimanapun berkata, Jawatankuasa Air Negeri mempunyai beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya, pihaknya perlu meneliti secara mendalam sebelum melaksanakan cadangan berkenaan termasuk catuan air.

Sementara jalan penyelesaian ditemui, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah diminta untuk membantu pengguna di Semenyih.

“Kita sedang mencari penyelesaian. Ada beberapa cadangan tetapi perlu diteliti dahulu sebelum dilaksanakan.


“Jawatankuasa Air sedang mencari jalan terbaik untuk mengurangkan masalah ini.

“Untuk sementara waktu, kita minta SYABAS membantu penduduk dengan penghantaran tangki air kepada penduduk yang terjejas,” katanya menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada FMT.

Khusrin diminta mengulas desakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz supaya kerajaan negeri melaksanakan catuan air di Semenyih yang telah menghadapi masalah air sejak setahun lalu.

Katanya, kira-kira 600,000 penduduk dari 137 taman perumahan menghadapi bekalan air tidak menentu kerana kekurangan air terawat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.