Followers

Tuesday, June 30, 2015

Bahaya hakim berfikiran liberal di negara ini - FMT Reporters


Tun-Abdul-Hamid-Mohamad_mrg_600

Hakim berfikiran liberal menggunakan pakai prinsip kemunasabahan (reasonableness) sehingga lupa Perlembagaan kita berbeza.

PETALING JAYA: Wujud segelintir hakim di negara ini mengambil tafsiran hak asasi ala Barat, sehingga keputusan yang dibuat sangat liberal dan bertentangan dengan syariat Islam.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, hakim-hakim berkenaan menafsir Perlembagaan Persekutuan sehingga lupa kepada pengiktirafan terhadap perintah agama Islam.]

“Mereka juga memakai prinsip kemunasabahan (reasonableness) yang diketengahkan oleh Supreme Court (Mahkamah Agung) India yang memberi kuasa kepada hakim-hakim untuk mengisytiharkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak sah atas alasan ia ‘tidak munasabah’ (unreasonable).

“Perlembagaan negara-negara itu tidak serupa dengan Perlembagaan kita. Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Hamid memberi reaksi terhadap keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) bahawa pasangan gay dan lesbian mempunyai hak berperlembagaan untuk berkahwin di semua 50 negeri di negara itu.

Abdul Hamid memberi contoh kes kontroversi melibatkan larangan dan hukuman terhadap tiga juru andam lelaki yang berpakaian seperti wanita di tempat awam di Negeri Sembilan sebelum ini.

Apa yang merisaukan beliau, katanya, adalah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, yang memberi implikasi sangat luas.

“Perkara itu berlaku apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah-mahkamah di negara sekular itu apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala Barat.

“Apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia ‘tidak munasabah’ (unreasonable) kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” kata beliau.

Jika itu berlaku, katanya, penghakiman dengan tafsiran begini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.