Followers

Tuesday, June 2, 2015

AKHIRNYA PENJENAYAH YANG PALING DIKEHENDAKI DISABAH YANG MERUPAKAN ADIK KEPADA NOH OMAR BERJAYA DITANGKAP POLIS

Panglima Harimau's photo.

 KOTA KINABALU: Selepas hampir sebulan diburu berkaitan kes cubaan bunuh, seorang suspek adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang Dato' Seri Noh Omar, Mohd Jusnaidi Omar atau lebih dikenali sebagai 'Mat Malaya' ditahan di sebuah homestay di Kundasang, dekat Ranau, malam tadi. 

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan bersama wanita berusia 24 tahun dan seorang bayi kira-kira jam 10.50 malam. 

Serbuan dijalankan sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata susulan penahan suspek polis merampas dua telefon bimbit untuk siasatan lanjut selain masih mengesan senjata api milik suspek.

Suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang hari Rabu 6hb Mei 2015 yang lalu. 

Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu.

Sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu. 

Pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut. 

Suspek juga pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007 tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.