Followers

Sunday, May 24, 2015

YAB MB Perak sifatkan PM pemimpin yang amat responsif terhadap masalah rakyat

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, apabila permasalahan rakyat dikemukakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak biasanya terus meluluskan peruntukan bagi menyelesaikannya.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, apabila permasalahan rakyat dikemukakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak biasanya terus meluluskan peruntukan bagi menyelesaikannya.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang pemimpin yang amat responsif apabila berdepan dengan permasalahan rakyat.

Beliau berkata, apabila permasalahan rakyat dikemukakan, perdana menteri biasanya terus meluluskan peruntukan bagi menyelesaikannya.

"Sepanjang menjadi PM dan saya pula sebagai MB, setiap kali kita mengadu hal masalah negeri, setiap kali kita mengemukakan agenda pembangunan negeri, adakalanya tak adapun tercatat dalam pembentangan bajet atau rancangan Malaysia, beliau sering kali bertanya apakah ini untuk rakyat, Zambry?

"Saya kata kepada dia, 'yes sir, yang kita buat yang kita kemuka ini adalah untuk rakyat,' dan beliau terus mengatakan 'kita buat untuk rakyat, saya luluskan untuk rakyat.

"Inilah tuan-tuan dan puan-puan kualiti perdana menteri yang kita ada," katanya dalam ucapan alu-aluan sempena lawatan kerja sehari Najib ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.       

Dr Zambry juga berkata oleh yang demikian, beliau bersama kepimpinan negeri Perak memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri, bak kata orang Sabah "dokongan itu tatap tidak goyang sama sekali".

Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri, Najib memerlukan sokongan semua pihak untuk melaksanakan tugas beliau bagi menjayakan agenda nasional untuk menjadikan Malaysia negara maju.

"Setiap pemimpin mempunyai masalah dan marilah kita doakan sama-sama agar sebarang permasalahan yang dihadapi oleh PM ini dapat diselesaikan dengan sebaik-sebaiknya," katanya.

Sementara itu, Najib berkata program ini sebenarnya tiada dalam diarinya dan hari ini beliau dijadual balik ke kawasan sebagai ahli Parlimen Pekan di Pahang.

"Tiba-tiba saya dapat mesej daripada menteri besar Perak. Menteri besar Perak ni 'style'nya hantar SMS.

"Dia teks kat saya kata Barisan Nasional dan kerajaan negeri Perak nak adakan satu perhimpunan besar-besaran di RTC Gopeng, dia kata pada saya mesti hadir.

"Menteri besar Perak arahkan saya, dia kata Datuk Seri (Najib) mesti hadir, saya tak ada pilihan sebab bila orang Perak minta saya hadir nak tunjuk sokongan yang padu kepada saya dan kerajaan, maka wajiblah saya hadir hari ini," katanya disambut gelak ketawa serta tepukan gemuruh lebih 20,000 orang yang hadir pada majlis itu.

Najib berkata, apapun beliau begitu terharu dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan rakyat Perak kepadanya hari ini.

"Sebenarnya sokongan seperti ini amat perlu bagi mana-mana pemimpin. Sebagai pemimpin kita banyak tugas, banyak yang terpaksa kita galas, MB dengan tugasnya, wakil-wakil rakyat dengan tanggungjawabnya, apatah lagi saya sebagai PM kerana akhirnya semua sampai kepada PM juga.

"Saya perlu lakukan yang terbaik dan mesti melakukannya dengan segala kudrat kekuatan yang Tuhan berikan kepada saya untuk rakyat dan untuk negara... bak kata Zambry, ini bukanlah ketika untuk kita berbalah semasa kita, bukanlah satu masa kita nak suruh orang turun daripada jawatan.

"Ini masa kita bersatu dan bermuafakat kerana kita berdepan terlalu banyak cabaran yang perlu kita tangani," katanya. – Bernama, 23 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.