Followers

Wednesday, May 27, 2015

VIDEO - Wanita mengamuk tendang polis air asia


ideo seorang wanita penumpang AirAsia mengamuk jadi viral Kuala Lumpur: Video seorang penumpang wanita ditarik dan dihalang oleh kakitangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, jadi viral di laman sosial. Video berdurasi 24 saat itu tersebar di laman sosial sejak sejam yang lalu. Dalam kejadian yang berlaku di ruang aero bridge itu, kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia itu, namun tidak diendahkan. Penumpang Wanita berbangsa Cina itu pada mulanya mempersoalkan mengapa kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu. Kakitangan itu bagaimanapun hanya menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Jawapannya itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan terpaksa bergelut seketika. “Saya akan saman awak! Okay?!” Wanita itu juga dilihat sempat menendang seorang anggota polis yang cuba menenangkan wanita terbabit, menurut sumber The hype media.com./klpost

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.