Followers

Wednesday, May 27, 2015

Apa yang kerajaan takut sangat?

Mafiaboss Melayu's photo. Pasti yang tertanya-tanya tentang soal ini sebaik mendengar berita yang pihak berkuasa Malaysia menahan aktivis ‘Umbrella Movement’ Hong Kong Joshua Wong sebaik beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini (26 Mei).

Kunjungannya ke Malaysia adalah di bawah jemputan jawatankuasa kerja bersama beberapa NGO tempatan, sempena ulang tahun ke-26 pembantaian Tiananmen Square 4 Jun ini.

Ahli jawatankuasa Ng Yap Hwa berkata, Wong diundang untuk menyertai siri perbincangan berhubung isu tentang demokrasi di China, pembantaian Tiananmen dan Revolusi Umbrella.

“Acara pertama dijadualkan malam ini di Pulau Pinang.
“Esok (27 Mei) beliau sepatutnya di Ipoh, diikuti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan sesi terakhir adalah untuk anak muda di Bangi pada 30 Mei, sebelum pulang ke Hong Kong,” katanya ketika dihubungi Semut Harian.

Yap menekankan bahawa aktivis berusia 18 tahun itu tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman, memandangkan sesi ucapan dan perbincangan langsung tidak berkaitan dengan kerajaan Malaysia.

Yap berkata, rakannya di Pulau Pinang sedang berusaha mengenalpasti punca pengusiran Wong.

“Pegawai imigresen di Pulau Pinang tidak menyatakan apa-apa sebab,” katanya lagi.

Wong yang ditampilkan di muka hadapan majalah Time sebagai wajah penentangan Hong Kong terhadap China, dilaporkan tiba di lapangan terbang dengan menaiki pesawat Dragonair penerbangan KA633, pada jam 11.55 pagi.

Beliau ditempatkan dalam pesawat sama dalam penerbangan KA634 ke Hong Kong yang dijadualkan berlepas pada 12.55 tengah hari.

Malaysiakini memetik Wong sebagai berkata, beliau ditahan pegawai imigresen dan akan dihantar pulang ke Hong Kong pada penerbangan seterusnya.

“Seorang pegawai kerajaan berkata beliau terima arahan yang saya tidak boleh masuk, dan perlu menaiki pesawat seterusnya (untuk pulang), katanya kepada penganjur menerusi perbualan telefon.


(Kredit to: Alyaa Alhadjri)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.